Senin, 15 September 2014

Teknik "High Shutter Speed"

Antara cara untuk mengambil foto air terjun adalah menggunakan teknik " High Shutter Speed" atau kelajuan shutter yang tinggi untuk membekukan pergerakan air di dalam imej. Jika digarapkan dengan betul, ini boleh menghasilkan imej yang dramatik dan kreatif. Foto-foto yang saya paparkan di sini  mempunyai topik keseronokan kanak-kanak bermain di dalam air terjun yang memercik turun.

Untuk menghasilkan foto seperti di atas. air terjun mestilah laju dan memercik, bukannya mengalir. Pencahayaan adalah penting. Biarlah matahari belum terik sepenuhnya, seperti awal pagi atau lewat petang. Lokasi air terjun juga perlulah mempunyai pencahayaan dari sebelah belakang. Aksesori yang diperlukan adalah:
  • Circular Polarising Filter: untuk menghilangkan kilauan di air dan batu yang basah.
  • Lensa zoom: seeloknya yang boleh zoom sehingga 200mm atau 300mm. Ini memudahkan untuk membuat komposisi dan membolehkan anda berada pada jarak yang selesa supaya barangan dan kamera tidak terkena air.

Panduan Menghasilkan Foto Yang "Bokeh"


Bokeh adalah sebuah perkataan dari bahasa Jepun. Ia adalah sebuah pemprosesan imej dimana subjek yang difotokan adalah jelas tetapi mempunyai latarbelakang yang kabur dan licin. Teknik ini biasanya digunakan untuk potret, fesyen dan makro. Lensa makro akan memberikan bokeh yang terbaik kerana sememangnya ia dicipta untuk pemprosesan tersebut. Tetapi, tidak semestinya anda terpaksa bergantung kepada lensa slr untuk bokeh. Teknik ini sebenarnya boleh di hasilkan menggunakan kamera kompek, kreatif kompek dan dslr yang tidak menggunakan lensa macro. 


Tips Foto Air terjun

Aksesori yang di perlukan adalah:
  • Tripod: Ini adalah perlu untuk mengambil gambar dengan kelajuan perlahan.
  • Filter Circular Polarising: Perlu untuk menghilangkan bayangan silau (highlight) seperti cahaya matahari di air dan batu. Filter ini juga membantu menimbulkan warna (saturation) yang lebih kuat.

Selepas memasangkan kamera ke tripod, pastikan filter itu menghilangkan segala silauan yang terdapat di lokasi dahulu. Kemudian pastikan kamera di dalam mod AV dan pilihan aperture adalah F22. Siap semuanya, untuk memastikan tiada gegaran yang boleh merosakkan kejelasan imej, anda boleh menggunakan kabel "shutter release" atau pun "wireless remote control". Ini adalah supaya tangan anda tidak menyentuh kamera. Tetapi kalau tripod anda kukuh dan stabil, teruskan sahaja seperti biasa Yang terbaik, gunakan "exposure bracketing". Ambil sahaja gambar pada setiap nilai dari +2 hingga ke -2 sebagai insuran. Ini adalah untuk mengelakkan imej-imej anda dari terlebih atau terkurang cerah dan gelap.